|
|
|||||||
| OVERVIEW CRM MEDIA SALES PUBLISHING FINANCE OFFICE APPS. HOW IT WORKS? | ||||||||
|
BTSB Lebarkan Pasaran
27 OCT 2008 | IN THE NEWS
Utusan Malaysia Blueocean Technologies Sdn Bhd (BTSB) penyedia penyelesai perisian akan memperkenalkan enelyesai komunikasi pertamanya ke pasaran Singapura dan Hong Kong menjelang tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hugh Seet berkata, syarikat kini bersedia untuk menembusi psaran negara tersebut kerana ia merupakan peluang terbaik untuk mebembusi pasaran lain selepas itu. "Walaupun Indonesia mempunyai pasaran besar di rantau ini tetapi Singapura mempunyai potensi yang lebih besar sekiranya kami memsarkan produk kami di sana kerana negara itu menjadi pusat perniagaan yang diiktifar. "Sama seperti Hong Kong sekiranya kami mempunyai kedudukan yang kukuh di negara tersebut, ia mencerahkan peluang untuk memasuki pasaran china dan pasaran lain yang berdekatan," katanya semasa taklimat media di sini baru-baru ini BTSB merupakan syarikat tempatan pertama yang membangunkan perisian penyelesaian pekerjaan secara automatik berasaskan web yang dikhaskan bagi perniagaan yang berkaitan dengan pnerbitan media dan pengiklanan. Perisaian tersebut dikenali sebagai sistem PIN yang membolehkan syarikat komunikasi mempunyai kawalan ke atas jadual pnerbitan serta memberikan keputusan yang tepat dan meningkatkan produktiviti. Tambah Seet, sistem PIN merupakan pintu gerbang kepada perniagaan berkatan media kerana ia menyediakan gambaran keseluruhan terhadap bagaiman untuk menaik taraf operasi pentadbiran. "Sistem ini membolehkan pekerga dan majikan mempunyai akses kepada selok belok yang berlaku dalam perniagaan mereka termasuk operasi pengurusan harian sehingga pengeluaran invois oleh syarikat. "Kos yang diperlukan adalah murah iaitu sekitar RM4,000 sebulan dan syarikat akan mendapat perisian yang mesra pengguna dan mudah untuk diuruskan dan pelanggan tidak perlu menukar semula kepada sistem asal mereka kerana sistem PIN kami adalah praktikal dan mudah," katanya. Seet berkata, keunikan sistem PIN adalah reka bentuknya ditujukan khas kepada industri media seperti mempunyaipangkalan data pelanggan, papan akitiviti, jadual temujanji, kerja-lerja yang sedang berjalan, laporan hubungan dan rekod perniagaan. Perancangan masa hadapan BTSB adalah untuk membangunkan sistem PIN versi II dan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan industri lain selain komunikasi dan pengiklanan, katanya. |
|
|||||||
|
© 2008 Blueocean Technologies. All rights reserved.
|
||||||||